Siakap Tiga Rasa Yang Enak Menusuk Kalbu

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Resepi Siakap Tiga Rasa Yang Enak Menusuk Kalbu


Siakap Tiga Rasa Yang Enak Menusuk Kalbu
Credit : carigold.com

Bahan-bahan Siakap Tiga Rasa

 1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar * dihiris
2 ulas bawang putih * dihiris
sedikit halia * dihiris
1 batang serai * diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato * dicincang
2 helai daun limau purut
sedikit daun bawang
1 biji cili merah / hijau
sedikit gula dan garam

Cara Penyediaan Siakap Tiga Rasa

Goreng ikan siakap terlebih dahulu sehingga garing dan letakkan di dalam pinggan. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Msukkan cili kisar dan semua jenis sos di atas serta tomato yang telah dicincang tadi. Sebatikan dan masukkan sedikit air. Masukkan semua bahan lain kecuali ikan dan daun bawang. Perasakan dengan garam dan gula (seimbangkan rasa manis, masam dan masin). Akhir sekali masukkan daun bawang dan terus tutup api. Curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Okey, boleh makan panas-panas.. Selamat mencuba....

Comments

  1. sedapnyaa .. tq ats sharing ^_^

    *jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. SA memang suka buat siakap sweet sour ni bila balik Seremban...Abah SA suka makan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir