Pajeri Nenas Yang Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Dunia

Credit : juicycafe.blogspot.com
Resepi Pajeri Nenas Yang Mudah dan Sedap
Credit : juicycafe.blogspot.com
masak apa tu??? atau makan kat luar jer hari ni..
bagi Efa kalau hari cuti, Efa masak sendiri jer kat rumah. Kalau hari kerja tak sempat pun nak masak bagai. tapi kalau yang simple-simple tu ,InsyaAllah boleh lah.
yer lah....time cuti lah nak bagi anak suami merasa air tangan kita kan
sedap ke tak ,belakang kira. janji mereka makan masakan dari Efa...hahaha
isnin - jumaat mereka dah makan masakan dari air tangan opah-opah, makcik-makcik atau kakak-kakak kat kedaikan...
so, sabtu - ahad bagi la merasa air tangan kita pulak...
Sebenarnya Efa nak kongsikan menu yang Efa masak weekend yang lepas iaitu pajeri nenas special for encik husband dan anak-anak....
bahan-bahan Pajeri Nenas
1 biji nenas saiz kecil
3 sudu besar serbuk kari (jadikan paste-bancuh dgn sedikit air)
3 sudu besar kerisik
4 sudu bahan kisar (bwg merah+bwg putih+halia+halia)
udang kering (ikut suka)
santan (tak nak letak pun tak per, sebab dah ada kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
cara-cara membuat pajeri nenas
# potong nenas ikut citarasa masing-masing, jangan terlalu nipis. kemudian panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak.
# tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar sehingga naik bau. kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering tumis sehingga garing.
# selepas itu masukkan nenas dan kerisik. kemudiakan perasakan dgn sedikit garam dan gula. masak sehingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. angkat dan sedia untuk dihidangkan.
selamat mencuba....
ok. ..nak cuba ni efa
ReplyDelete