Posts

Showing posts with the label Parenting

Pengalaman Travel #azzaleanurbatrisya Ke Johor Dengan Bas

Image
Pengalaman Travel #azzaleanurbatrisya Ke Johor Dengan Bas | Minggu lepas efa dan Family #KEHZO pergi ke Johor untuk majlis bertandang atau menyambut menantu anak kakak efa. Efa sekeluarga  pergi menaiki bas yang disewa khas. 2 minggu sebelum tu, rasa cam berdebar-debar je. Sebab travel jauh nak bawa #azzaleanurbatrisya. Macam-macam bermain dalam fikiran. Macamana kakak nanti,boleh behave ke dia, mengamuk ke dia..macam-macam lah... Ye lah nak bawa anak yang hyperactive dan tantrum ni bukan senang, travel jauh dengan menaiki bas pulak tu. Pengalaman Travel #azzaleanurbatrisya Ke Johor Dengan Bas #azzaleanurbatrisya dengan ibu Alhamdulillah...memang tak disangka kakak behave sangat dari bertolak jam 8.30 pagi. Cuma dia banyak tanya la. Biasalah anak-anak hyperactive ni memang tak boleh duduk diam. Kakak stay berada di kerusinya, cuma dia akan bangun duduk,bangun duduk. Tak boleh statik je duduk. So, apa yang dia tanya efa kena jawab sebab setiap soalan wajib ada jaw...

Nak Jadi Model Ke?

Image
Sejak masuk PRA ni dah pandai ambik gambar ala- ala model. Bukan main anak teruna sorang  ni. Bila tanya dah besar adik nak jadi apa?  Bawak helikopter katanya... Adik... Adik... Macam macam... 😊  Bila ibu nak selfie ,  dia pun nak jugak... Pantang nampak ibu selfie ... Peace katanya....  Apapun efa doakan #adamhaziq jadi anak yang soleh,  berjaya dunia dan akhirat...  Aaminn.... 

PENTING!!!! 9 Nasihat Kesihatan Ketika Jerebu

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang 9 Nasihat Kesihatan Ketika Jerebu 1)  Sentiasa berada di dalam bangunan 2)  Kurangkan aktiviti lasak 3)  Sentiasa basuh muka dan anggota badan yang terdedah dengan jerebu 4)  Minum air masak / mineral - Minima 7 gelas sehari 5) Sentiasa memasang alat pendingin hawa (mod : Kitaran Dalam) 6) Pakai penutup hidung dan mulut ketika berada di luar 7)  Dapatkan nasihat doktor jika mengalami batuk, selsema, asma  dan sakit mata 8)  Berhenti menghisap rokok, vape dan shisha 9)  Dapatkan maklumat terkini melalui media dan ikut nasihat pihak berkuasa

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1437H

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun  🌹 SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1437 HIJRAH 🌹 Semoga Kita Semua Di Ampuni, Di Rahmati, Diberi Hidayah Dan Di Kurniakan Rezeki Oleh Allah swt Senantiasa!...Amin!!! Jom baca doa akhir tahun dan awal tahun di SINI

11 Petua Tradisional Banyakkan Susu Ibu

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang 11 Petua Tradisional Banyakkan Susu Ibu * Cekur Manis Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal herba melur.com  * Kacang Tanah  Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini  * Air Longan  Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih ...

Makanan Yang Mungkin Boleh Menambahkan Susu Badan

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Makanan / Minuman Yang Boleh Menambahkan Susu Badan  1.  Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.  2.  Jambu batu – makan begitu sahaja.  3.  Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.  4.  Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.  5.  Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan sebelum dimasak.  6.  Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu      beroat  7.  Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi  8.  Barli – air atau bubur barli.  9.  Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dantempe.  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe  13. Air h...

Petua Banyakkan Susu Badan

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Petua Banyakkan Susu Badan Credit : Bayigenius.com Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan di mana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan bayi, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua-dua belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang).  Ada berbagai-bagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :   1...

Waktu Terbaik Untuk Pam Susu

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Waktu Terbaik Untuk Pam Susu Efa nak kongsikan di sini mengenai waktu terbaik untuk ibu-ibu pam susu. Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh. Sebab masa tu kita pun dalam keadaan tenang, relax, tak rushing untuk apa-apa. Bila tenang je, susu pun mudah nak flow :-) Selain itu, waktu yang elok kita pam susu ialah: Pam susu sewaktu anak sedang menyusu Kaedah ni turut dipanggil tanderm nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja) Pam susu selepas anak selesai menyusu Bayi ni kadang menyusu asal takat kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, ...

Petua Supaya Anak-anak Menjadi Anak Soleh dan Solehah

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Petua Supaya Anak-anak Menjadi Anak Soleh dan Solehah ♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.  ♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.   ♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.  ♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.   Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:   Ø±َبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَجِÙ†َا ÙˆَذُرِّÙŠَّـتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َاماً (Al-furqa...

Good Luck Kepada Semua Calon UPSR 2015

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Good Luck Kepada Semua Calon UPSR 2015 Isnin hari ini adalah hari terakhir sebelum anak-anak menghadapi UPSR esok. Seandainya ada di antara kamu yang mempunyai anak yang akan menduduki UPSR,seringlah menatap wajahnya dengan penuh kasih sayang. Buanglah segala rasa marah dan  kecil hati kamu padanya. Berkatalah dengan ucapan yang baik-baik. Moga-moga hatinya tenang. Jangan biasa berjanji dengan ganjaran...biarlah mereka berjaya kerana keinginan dan kesedaran mereka sendiri. Jika ada anak-anak yang lemah dalam akademik, berilah semangat padanya. Bisikkan kepadanya bahawa kita sudah berusaha, Allah berhak untuk beri dan untuk tidak memberi. Jangan beri tekanan pada anak-anak untuk capai keputusan cemerlang. UPSR bukan penentu kejayaan dan kebahagiaan masa depan. Berdoalah, bersolat hajatlah dan bacalah yasin sebagai tanda kita benar-benar berhajat. Berdoalah agar anak-anak berjaya di dunia dan akhirat Berdo...

Kisah 3 Makhluk

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Kisah 3 Makhluk Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz Manusia - Nak makan, laparlah .. Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.... Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia ,e nanti terlewat ke pejabat. Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah? Manusia - Azan sudah kedengaran.. .. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni. Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhny...

Petua Merawat Senggugut

Image
Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang Petua Merawat Senggugut Sumber : Google Siapa yang sering mengalami senggugut ketika datang bulan? Di sini Efa nak share petua untuk mengatasi masalah ini. Korang boleh cuba mana-mana petua di bawah ini dengan izin dariNya...  1. Serbuk halia   Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.   2. Teh pahit  Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.   3. Biji pinang tua  Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.    4. Halia  Ambil segenggam ha...

Perkongsian Dihari Jumaat Penghulu Segala Hari

Image
Assalamualaikum dan Salam Jumaat Yang Indah Sedikit perkongsian dihari Jumaat ini... Semoga memberi manfaat kepada semua

Rezeki Yang Berkat Mempengaruhi Kehidupan Seharian Kita

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 7 kesan Yang Dapat Dilihat Apabila Memperolehi Rezeki Yang Berkat Hai...Di sini Efa nak kongsikan sedikit dengan semua mengenai rezeki yang berkat. Sekiranya rezeki yang kita perolehi setiap hari adalah berkat, ia akan mempengaruhi kehidupan seharian kita. Antara kesan daripada rezeki yang berkat adalah: 1)    Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi sentiasa cukup malah berlebihan.    Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau  menuai padi.  Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup.  Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita. 2)    Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-...

Program Hilir Perak Berselawat dan Ceramah Perdana

Image
Assalamualaikum Program Hilir Perak Berselawat dan Ceramah Perdana Semalam telah berlangsungnya "Program Hilir Perak Berselawat dan Ceramah Perdana" bersama YBhg. Datuk Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz sempena sambutan Jubli Emas  SMK Dato' Sagor, Langkap. "Mengukuhkan Ukhwah, Menyatukan Ummah" Kredit : Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak Program ini, Efa tak pergi pun. Jauh juga lah dari rumah. Lepas tu sebelah malam pula. Memang tak boleh nak pergi lah. Cik Lea dan Adam jenis tidur  awal. So, memang susah lah nak pergi... Apapun alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya....

Cara Terbaik Berbakti Kepada Kedua Ibubapa Yang Telah Meninggal Dunia

Image
Assalamualaikum Cara Terbaik Berbakti Kepada Kedua Ibubapa Yang Telah Meninggal Dunia Bagaimana cara terbaik sebagai seorang anak untuk berbakti kepada kedua ibubapa yang telah meninggal dunia? Antaranya ialah : Memohon keampunan untuknya Melaksanakan amanah dan wasiatnya Menyambung silaturrahim dengan sahabat taulannya Selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya Jika ibubapa belum menunaikan haji, anak-anak boleh menolong menunaikan haji (niatkan upah haji untuk mereka) Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah Islam dan tukar hak milik ke...

Kenali Sahabat Kita

Image
6 Kategori Sahabat Hai... Efa nak share mengenai "kenali sahabat kita". Korang semua ada sahabatkan. Persahabatan yang terjalin akan membahagiakan dan menyeronokkan jika kena caranya. Pengalaman bersahabat banyak membantu sepanjang menjalani liku-liku kehidupan. Suka dan duka, iri hati dan khianat, kasih dan sayang, jujur dan setia serta ikhlas dan amanah dapat dirasakan selama bersahabat. Mustahil jika seseorang tu tidak mempunyai sahabat. Namun tidak semua sahabat itu, sahabat. So, jom kita kenali 6 kategori sahabat . Memahami seorang sahabat haruslah memahami sikap, tindakan dan perangai buruk baik kita. sahabat seperti ini sukar untuk dicari, namun kebiasaanya kita tidak sedar kehadirannya di sisi. Dia memahami setiap situasi kita. tidak menyakiti malah mengubati.      2.  Menolong Menolong boleh diertikan dengan dua keadaan; menolong jika kita menghadapi kesulitan atau menolong memberi masalah kepada kita. kedua-dua sahabat begini baik unt...

Cacar Air (Chicken Pop)

Image
Cacar Air / Chicken Pop Eh...korang dah pernah kena cacar air / chicen pop tak? Kalau korang nak tahu Efa baru jer kena dalam 2 atau 3 tahun yang lepas.. Korang Boleh baca kat SINI  , SINI dan SINI . Seksanya rasa bila dah tua-tua macam ni baru nak kena. Sebelum Efa kena chicken pop tu, Cik Lea yang terlebih dahulu kena . Cik Lea dapat virus tu dari taska dia. Anak-anak taska ramai yang dah kena, so Cik Lea pun terjangkit jugak lah. Melalui entri SINI pun Efa dah share kan mengenai cara-cara merawat cacai air / chicken pop. Tapi hari ini Efa sharekan sekali lg ye. Apa Itu Jangkitan  Cacar Air / Chicken Pop Jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). I...

Anak Suka Mengamuk

Image
Assalamualaikum Cara Mengatasi Anak Yang Suka Mengamuk Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat kita malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati dan berguling-guling di lantai tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kehendaknya mesti dipenuhi. Akibatnya, segelintir ibu bapa sengaja memilih untuk ‘beralah’ dengan anak, yang penting dia tidak lagi menjerit. Hakikatnya, jalan mudah ini salah. Jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa kita harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang bersikap begini. Cik Lea boleh dikategorikan dalam anak-anak yang suka mengamuk. Dalam entri yang lepas Efa pernah kongsikan Cik Lea mengamuk ketika mengikuti rombongan Taska ke Zoo Negara. Boleh baca di SINI . Memang susah lah nak handle. Bagi Efa kalau Cik Lea mengamuk Efa tak suka marah dia balik. Efa akan usap rambut dia, gosok belakang dia bg dia cool do...