Posts

Showing posts from March, 2013

Petua Kebahagiaan Suami Isteri

Image
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. 2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. 5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mu...

PeTUA mEnDAPAT AnaK SOLEH/SOLEHAH :

♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, ♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. ♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan: رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَجِÙ†َا ÙˆَذُرِّÙŠَّـتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َاماً (Al-furqan : 74) ~ ibuadambatrisya ~

CARA MENDIDIK ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

Image
Renungan bersama... 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ...Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (K...

ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa. 1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur 2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan. 3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. 4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya. 5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak. 6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. 7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai. 8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang. Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami, isteri tersayang atau sesiapa saja..  Renu...

Kisah Lucu

Cerita Ayam, Lembu Ayam : Saya paling benci manusia. Lembu : Apa masalah kau ayam? Ayam : Cuba kau fikir,tertekan aku bila aku diusir, dibaling batu kalau lepak rumah manusia.Sedangkan tiap-       tiap hari mereka makan telur dan daging aku.Bencilah…… Lembu : Habis tu kau ingat kau saja yang benci manusia.Aku pun sama…. Ayam : Apa masalah kau pula? Lembu : Kisah aku lagi tragis.Tiap2 pagi manusia perah susu aku. Mereka nak susu aku tapi tak pernah lamar aku jadi isteri.Kenapa eh….. Burung Pada suatu hari adakanak-kanak bernama Musa masuk ke sebuah kedai burung. Dia sangat teruja melihat setiap ekor burung yang ada. Penjual : adik dari tadi pak cik lihat adik khusyuk membelek burung Musa : ya pakcik,saya suka tengok melihat gelagat burung Penjual :  ada apa-apa yg adik nak tahu daripada pakcik? Musa : ada pakcik Penjual : tentang burung apa? Musa : mmmm….angry bird ada dijual di sini tak? Penjual : &$%@#* ...

Tanda -Tanda Kiamat Besar

Image
Tanda-tanda kiamat besar yang wajib kita ketahui: Waktu terasa amat cepat berputar. Banyaknya perzinaan dan sekarang seolah-olah sudah menjadi sesuatu hal yang biasa atau lumrah. Terdapat banyak tempat jual beli dengan jarak yang berdekatan. Cuba bayangkan, sekarang setiap orang sudah mulai mencuba mendapatkan penghasilan tambahan dengan cara berjualan. Ketika seseorang merasa jika berdoa di Mekah, maka doanya akan cepat terkabul. Jelas sekali mengenai hal ini, banyak orang yang berbondong-bondong menunaikan ibadah haji atau umrah sampai beberapa kali dengan harapan bahwa jika berdoa di Mekah, maka doanya akan cepat termakbul. Padahal sebenarnya pandangan itu adalah salah kerana Allah itu dekat dan bahkan lebih dekat dari urat nadimu. Munculnya Dajjal, Imam Mahdi, dan munculnya nabi palsu. Terbitnya matahari dari sebelam barat dan tenggelam di sebelah timur. Hal tersebut merupakan kebalikan dari keseharian matahari terbit dari timur dan tenggelam dari...

Apa2 Je Lah...

Assalamualaikum dan Selamat Petang....... Soh ...seh...soh...seh.....( gosip jap  yer...). Entry kali ni nak citer apa pulak yer....tgh kering idea coz dok busy "mentouch up" blog......busy la sgt2...>kata dalam hati...sedang mencari idea camner nak kasi cantik sama ini blog with my friend Deera  ... ok..see u next entry ~ Ibuadambatrisya ~

Perkembangan Percakapan Anak Kita

Image
Bayi baru lahir  Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan   Tiga hingga enam bulan    Bayi boleh meniru bunyi percakapan   Empat hingga lapan bulan    Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)  Lima hingga sembilan bulan    Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)   Enam hingga 10 bulan   Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)   Lima hingga 10 bulan    Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya   Enam hingga sembilan bulan ...

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun

Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan kita berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya. Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak. Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut: 0 hingga 3 bulan • Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kak...