ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak
kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya
perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan
menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara
dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang,
manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun
sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil
bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah
untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan
yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami, isteri
tersayang atau sesiapa saja..
Renungan bersama...........
~ ibuadambatrisya ~
Comments
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...