#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Sejahtera #Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur #Day02 Sahur ( Arab :سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri , Sahari dan Suhoor , ialah terma yang digunakan umat Islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan Ramadhan . Ia di lakukan sebelum masukkan waktu Solat Subuh , lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang. Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh). Bila sebut tentang sahur, terdapat macam-macam pengalaman yg dilalui.Seingat Efa masa kecil (Darjah satu) taklah susah sangat nak bangun sahur. Bila mak atau kakak kejut untuk bangun sahur, Efa bangun macam biasa jer. Tak banyak tanya pun. Masa makan, biasalah mamai tu mesti ada. hehehe.. Semasa Tingkatan 1 , Efa dah start duduk asrama. So, masa sahur makan dengan kawan-kawan kat dewan makan. Masa ni tak pernah pun tak bangun sahur ...