Posts

Showing posts with the label knowledge Sharing

Perkembangan Bayi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Salam Sejahtera Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan kita berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.  Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.  Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:  ...

Takwim Berbuka / Imsak Ramadhan 1436H / 2015M

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Esok bermulalah kita berpuasa untuk tahun 1436 H / 2015 M. Semoga ibadah yang kita tunaikan akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.  Untuk melihat Takwim Berbuka / Imsak Ramadhan 1436H, sila klik SINI Selamat menunaikan ibadah puasa.

Puasa dan Pengertiannya

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Selamat menjalani ibadah puasa. Sebelum tu, melalui entri kali ni Efa kongsikan sedikit pengertian puasa, syarat wajib puasa, syarat sah puasa, rukun puasa , perkara yang membatalkan puasa dan orang yang diberi keizinan untuk berbuka puasa atau tidak menunaikan puasa.   Pengertian Puasa Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Syarat Wajib Puasa Berakal Akhir Baligh (Cukup umur) Kuat atau mampu mengerjakan puasa Syarat Sah Puasa Islam Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk) Suci daripada haid dan nifas Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. Rukun Puasa Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok. Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit f...

Ramadhan Al- Mubarak Semakin Hampir

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Lagi beberapa hari je lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. So, dekat sini efa nak kongsikan niat puasa Ramadhan, niat puasa sebulan Ramadhan dan juga doa berbuka puasa. Niat Puasa Ramadhan Sharing is caring

PETUA KERACUNAN MAKANAN

Image
Assalamualaikum Siapa yang pernah mengalami keracunan makanan? Seingat efa, pernah lah juga 2, 3 kali kena keracunan makanan. Tapi keracunan makanan ni selalu efa kena bila balik dari makan kenduri..hehehe.. Tapi memang tak larat sebab asyik berulang alik ke tandas dan muntah-muntah... Petua Keracunan Makanan  Okey lah,  sakit perut akibat keracunan ni boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Paling tidak selesa apabila diserang sakit perut ketika sedang nyenyak tidur di tengah malam. Tentu sahaja sukar untuk untuk kita pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Namun, sakit perut akibat keracunan makanan boleh juga dirawat menggunakan bahan semula jadi yang ada di rumah kita. Antaranya ialah: # Lidah buaya  Selain daripada kaya dengan vitamin E, jus lidah buaya dapat membantu mengeluarkan racun dari dalam badan. Racun akibat makanan ini akan dibawa keluar dari badan, kemudian bahagian yang terjangkit disembuhkan oleh jus lidah buaya. ...