Posts

Showing posts from May, 2013

Majlis APC 2012

Image
Assalamualaikum n3 kali ni nak citer skit tentang majlis APC 2012 kt opis aku. majlis ni berlangsung pd 22 mei 2013 jam 8.00 malam kat dewan resthouse T. intan... fuyo...kul 8.00 mlm tu... dh lah umah aku ni jauh, sblh ptg plak sukan tahunan Taska anak aku. ikutkan hati malas nak gi, tp terpaksa gak pegi coz aku salah sorang penerimanya...sebelum ni , tiap2 tahun aku tak pernah pegi. tak per aku ada alasan yg boleh diterima oleh akal yg waras....so tahun ni, nak tak nak kena jugaklah pergi..... tahun depan? tak tahu lg...aku pergi ke tak? tgk keadaan anak2.. 

Adam 10 month

Image
Assalamualaikum hari ni umur Adam genap 10 month (30.07.12 - 30.05.2013) untuk 10 month ni Adam dh pandai : merangkak memanjat turun satu anak tangga naik satu anak tangga say ayah n ma (skit lg kena ajar call ibu) menangis apabila kakak menyakat xnak naik walker dah pandai mintak  adik  (oppsss....hahaha....no..no..no...belum smpai time lg) semoga Adam membesar dgn sihat dan menjadi seorang anak yg soleh...amin

Cara mendidik anak

Image
Pesan Saidina Ali ; didiklah anak kamu dgn cara yg berbeza setiap 7 tahun. 7 tahun pertama : beri dan ajarkan mereka ttg kasih syg. manjakan mereka dgn kelembutan dan rasa cinta 7 tahun kedua : berlaku tegas dgn mereka, didik mereka dan perbetulkan segala kesalahan yg mereka lakukan 7 tahun ketiga dan seterusnya : berkawan lah dgn mereka, disaat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. mereka sudah blh berfikir, bersahabatlah dgn mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yg blh merosakkan akhlak 

Kawin MY Nephew Part 2 (umah pihak lelaki)

Image
Assalamualaikum hi ....bertemu kita lg...n3 kali ni nak story skit about my nephew kawin part II kat umah pihak lelaki...kat umah pompuan majlis nya 30hb  mac yg lepas...pihak lelaki majlis nya 25hb Mei...hari ni la..... kat bawah ni gambar2 kahwin diorang tp bukan aku yg snap...anak buah aku merangkap adik pengantin... aku bila plak nak snap nya...busy ngan my hero n heroin....huhuhu SELAMAT PENGANTIN BARU...SELAMAT MELAYARI BAHTERA YG DIBINA....SEMOGA KEKAL DAN BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...

weekend

Image
Assalamualaikum Hi all......lama dah rasanya x berblog....kekeringan idea la....huhuhu kalau korang nak tau minggu ni x kemana-mana pun..dok umah jer. melayan kerenah Azzalea dan Adam..... Azzalea Nur Batrisya Adam Muhammad Haziq

Peringatan Bersama

Image
Assalamualaikum aku nk kupas skit la kata2 di atas...... sebagai ANAK LELAKI / SUAMI , anda harus ingat bahawa anda perlu UTAMAKAN ibu anda dari isteri anda ataupun ibu isteri anda.!!! sebagai ANAK LELAKI  juga, anda harus ingat tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas di bahu anda, bukan dibahu kakak2 anda ataupun adik2 perempuan anda.!!! sebagai ANAK PEREMPUAN / ISTERI, anda pula harus UTAMAKAN suami anda dari ibu anda sendiri.!!! dan sebagai ANAK PEREMPUAN / ISTERI juga, anda harus mengUTAMAKAN ibu suami anda dr ibu anda sendiri!!!. dan sebagai ANAK PEREMPUAN / ISTERI  anda lebih bertanggungjawab kepada suami dan ibubapa suami lebih drpd ibubapa kandungnya sendiri!!! dan kepada IBUBAPA pula , anak perempuan anda wajiblah mengUTAMAKAN suaminya  lebih dr ibubapa nya sendiri!!! # kata2 di atas adalah pesanan untuk semua para suami, isteri, anak lelaki , anak perempuan, dan ibubapa di luar sana termasuk diri aku sendiri yg bergelar an...

Adam Semakin Membesar

Image
Assalamualaikum Rindu lah dekat budak tecik ni.... tak sabar nak balik rasanya..huhuhu

Breakfast Di Pagi Ahad

Image
Assalamualaikum Ni sepatutnya n3 semalam.. pg semalam b/fast nasi goreng jer..jemu lah setiap pg weekend jer, b/fast beli...... so,pg semalam bg en. hubby mkn air tangan isteri lak...hehe. tp nsi goreng simple jer la... sayur pun xder...stok sayur kt umah habis la pulak... maklumlah org rajin memasak (dlm hati : rajin lah sangat)...

Azzalea Sakit Perut

Image
Assalamualaikum Pagi ni xsempat berblog coz kakak sakit perut dan Adam plak muntah 2 lepas minum susu. adam muntah sebab dia batuk.. aku nak kongsi skit kisah kakak ni. Alkisah begini ceritanya..... after b/fast (mee g0reng -beli + sunquick) kakak bg tau nk terkencing. so aku suruh dia masuk toilet. pastu dia kuar n xnak kencing katanya. then dia terus berlari masuk bilik sambil pegang perut. aku terus masuk bilik dan tanya , kakak sakit perut ker?dia angguk . aku terus sapu minyak kat perut dia...  kakak dok merenget dan ckp sakit sini sambil dia tunjuk perut belah kanan . lama gak la dia menangis maybe sbb sakit sgt. aku rasa tangan dan kaki dia dh sejuk.. aku sapu lg minyak TYT banyak skit.aku sapu gak kat kaki dia.... pastu dia tanya ayah mana. aku bgtau ayah kejer. skit lg ayah balik.aku suruh dia tahan sementara tggu en. hubby balik... aku rasa kaki dia makin sejuk, so aku terus call en. hubby... yg si adik lak menangis suruh aku dukung, dia takut tengok kakak menan...

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Image
saper tengok citer ' Sebenarnya Saya Isteri Dia' mlm td... b4 this, aku excited sgt setiap kali tiba jumaat malam sabtu. sejak mlm td excited aku dh hilang. ini kerana aku dah baca novel dia. citer2 yg sebelum ni aku tak baca novelnya lg. citer di tv ngan yg aku baca kt novel berbeda sgt... xsyok la, coz kt novel feeling abis aku membaca nya. tengok kt tv, aduhai ...lari banyak arrr... cm kalut jer aku tgk si syaf tu... pas ni xdelah aku excited nk tunggu malam sabtu....x syok larrrr....huhuhu

Adam Sudah Pandai Merangkak

Image
Assalamualaikum hai..dh masak blum..... confirm uolls semua tgh masakkan...hari ni aku nak kongsi sikit kegembiraan. my little boy dh pandai merangkak... alhamdulillah... aku pun tak tau umur sebenar baby pandai merangkak berapa yer? saper tau? sekarang umur Adam 9 bulan 11 hari..... xkisah lah Adam lambat or cepat merangkak...asalkan Adam membesar dengan sihat kan...... hari ni Adam mkn bubur lemak bayam... first suapan, Adam mcm xsuka jer...dia luah balik, lama2 alhamdulillah dia makan gak. tp x habis la dlm mangkuk tu..maybe first time makan bubur lemak bayam ni.... resepi aku ambik dr   Mrs. Spicy ...... bubur lemak bayam 

Demam Lagi

Image
Assalamualaikum Huh...ptg ni aku halfday. azzalea demam...baru jer demam , demam lg..... ada sesiapa yg tau cmner nak kuatkan antibodi kanak2?.  nasib baiklah aku halfday, en. hubby plak rupa2nya ada meeting taska Azzalea... mulanya en. hubby xnak pegi. ada ke patut dia suruh aku ganti. aku ckp bkn aku yg jadi naib pengerusi hehe. en. hubby yg pegang jwtn tu, so dia lah yg wajibul pergi....malas aku nak gi meeting2 ni.... meeting utk sukan dan rombongan... kalau taska sukan dan rombongan dh jadi acara wajib tahunan. waktu ni azzale tgh tdo...so boleh lah aku berblog jap...  adam haziq plak en hubby tak gi ambik lg. balik dr meeting nnti baru gi ambik... rindu pulak ibu ngan adam haziq ni.... nasib baik esok cuti, boleh lah ibu habiskan masa ngan anak2 ibu..... ok, lah aku nak blogwalking jap......teng...teng...teng...ke blog mana yer? ha! korang nak tau, aku suka blogwalking kt blog ni Elin .

Ketahui Perkembangan Bayi Kita

Image
Assalamualaikum Hai all....ptg ni aku nak citer skit ttg perkembangan bayi kita. n3 ni especially utk ibu yg macam aku ni. anak sedang membesar, tentulah nak tau ttg perkembangan anak kita kan.... umur 0-2 bulan - senyum (secara tiba2) 2.5 - 5 bulan - meniarap 5-8 bulan - duduk sendiri 9.5-13.5 - menyebut emak/bapa 10-16 bulan - minum sendiri 11.5-14.5 bulan - berjalan/bertatih 14-26 bulan - menyebut ungkapan 15-24 bulan - menendang bola 20-42 bulan - bermain secara interaktif 20.5-42 bulan - melompat umur my little boy sekarang 9 bulan 8 hari * dah boleh meniarap *duduk sendiri belum lg (tp ibu dia yg duduk kan hehe) *dh boleh sebut ayah dan mama ( ayah dh jelas,cuma mama dia call ma..ma...) *dh pandai panjat badan ayah or ibu *dh pandai berdiri sebelah tangan lepas sebelah lg pegang ibu semoga anak ibu membesar dgn sihat

Jari oh Jari

Image
Assalamualaikum Hai...hai...hai... bersua kita lg... n3 ni sebenarnya dah lapuk...PM pun dah angkat sumpah... sajer jer nak bgtau  pergi mengundi...hehehe....  i go to vote pukul 4.10 ptg.. b4 pergi, my ic hilang... dlm 10 min gak cari ...akhirnya jumpa gak... dah sampai sana tengok aku sorang jer. agaknya orang lain dh pergi pg2 td...aku jer sengaja pergi lewat. tak kalut dan ramai orang...tiba time nak pilih ,aku lupa pulak tanda (x) or (/)..tanpa segan silu aku pun tanya kerani bertugas...hahaha...apa punya rakyat Malaysia daaaaa.....yer lah, drpd jadi undi rosak baik aku tanya jer..tebalkan muka.... Pengalaman ke-3 mengundi

Menu Breakfast Pagi ni

Image
Assalamualaikum Hai....morning all.... nak kngsi skit menu breakfast pg ni.... permintaan dr anak dara sorang ni... mee goreng Pesanan Bersama : Esok kita mengundi..... Undi anda adalah penentu masa depan negara.... SELAMAT MENGUNDI

Panduan Bersama

Image
Hayatilah bersama  Selamat Mengundi Kredit gambar :grafik islamik

PRU 13... Mengundi Adalah Tanggungjawab Kita

Image
Assalamualaikum Salam pagi Jumaat. Penghulu segala hari. Moga pagi yang indah ini, kita mendapat keberkatan dari Nya....Apa khabar kawan2 semua...... Hopefully semuanya ok...  sedar tak sedar lg satu hari kita nak mengundi...tolak dgn hari ni lah.....cepat jer masa berlalu...4 tahun lepas I jadi kerani mengira undi... PRU kali ni xpayah lah... bagi lah orang lain pulak merasa..... My Bff   Deera  jadi petugas PRU 13 ni... Ok lah, korang nak tengok senarai penuh nama2 calon yg bertanding??? Korang boleh tengok kat SINI Kat sini  i want to story skit lambang2 parti politik yg tersenarai. Ni bg korang yg tak tahu la.. tp I rasa semua orang tahu... Baisan Nasional UMNO Pas PKR (Parti Keadilan Rakyat) DAP Ada satu lg Parti Iaitu parti Bebas- parti ni menggunakan bermacam2 lambang. Terpulang lah kat korang nak pilih yg mana satu. korang pilih lah mana2 parti yg dapat memimpin menjad...