Posts

Showing posts from September, 2013

Birthday Ayah ke-30

Image
N3 kali ni nak story skit besday my Mr. Patrick.... besday nya jatuh pd 28.09.13 (sabtu)... petang Jumaat pas balik kejer ,me  terus gi Happy Angel utk beli kek.. sampai rumah my hubby dah tunggu kat pintu dgn Azzalea. tp sy tak keluarkan lg la kek tu.nanti pecah pulak tembelang (nak suprise la konon). bila hubby dah keluar gi ambik Adam, baru lah me n kakak gi ambik kek tu terus gi simpan dlm peti ais. bila hubby balik terus kakak nyanyi lagu "happy besday to u". sy dah cuak dah takut2 hubby perasan kakak nyanyi.Alhamdulillah hubby tak perasan... Kek Besday Ayah After solat maghrib kami bersiap2 utk pergi ke pasar malam.. hubby dh tunggu kat pintu,sy gi ke dapur buat susu Adam (konon2 nya la)...sy ke depan semula ngan kakak dgn memegang sebijik kek sambil menyanyikan lagu besday.terkejut hubby.dia kata awal nya....sy bgtau la,esok dh takder masa,mlm ni pulak confirm anak2 terus tido balik dr pasar malam...pastu hubby cakap, patutla ptg td dia terdengar kakak ...

Wordless Wednesday >>2

Image
Tangan siapakah ini? Korang ada tgn cm ni??? hahaha

Aktiviti Di Hari Minggu

Image
Semalam tak sempat nak update coz bw Adam pergi klinik.. checkup bulanan biasalah...timbang berat, ukur tinggi dan makan ubat cacing... time timbang berat tu...naik 0.1 kg jer...sebelum ni 8.9 kg, yesterday 9.0 kg...alahai anak ibu,kurang makan ker? ntah2 ibu yg terlebih makan...hihi... tinggi pulak...naik mendadak. anak teruna ibu ni ikut kakak yer...badan kurus tp tinggi... tak kisah lah asalkan anak2 ibu sihat dan membesar dengan baik, sudah memadai.....Alhamdulillah.... aktiviti hari minggu Azzalea  & Adam.... boring la tu tak pergi mana2...kesian kakak,sorry yer kak ayah kerja la..

Salam Pagi Jumaat

Image
Assalamualaikum... Selamat pg... morning ... today, i'm late sampai opis.. ada xcident pulak depan rumah...subhanallah...kesian tengok budak kecik tu terpelanting dr atas motor yg dipandu mak nya... sy ada anak, so dpt bayangkan kesakitan yg budak tu alami...mak dia sampai tak boleh bangun,terpaksa diangkat oleh my hubby dan beberapa org budak sekolah yg ada disitu....xcident budak sekolah(girl) dgn seorang adik(perempuan)+anaknya(girl) yg baru lepas menghantar anak nya ke sekolah....fuhh!!!seriau tengok xcident depan2 mata ni....tegak bulu roma....lepas tu sy gi kejer, insaflah sikit..drive carefully la katakan..... Notabukulali: Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau selamatkanlah perjalanan aku dan suamiku ke tempat kerja                             kami dan Engkau selamatkanlah perjalanan kami sekeluarga ke mana sahaja kami                           ...

Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2013

Image
Hai..... nak cerita sikit mengenai majlis ni... majlis ni diadakan semalam 12/09/2013 jam 2.00 ptg yg dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak (my opis la tu...) telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut bg kategori Pejabat Daerah dan Tanah. ni antara calon-calon top 5 dalam Anugerah  Inovasi Sektor Awam bagi kategori Pejabat Daerah dan Tanah  cenderahati utk KSN pemenang menerima hadiah RM 300 000.00 beserta trofi. Tuan Pegawai Daerah menerima hadiah RTM Trofi utk pengetahuan, majlis anugerah ini ada dlm utusan online hari ini. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130913/dn_15/ARSM-Kementerian-Kesihatan-terima-Anugerah-Inovasi TAHNIAH kepada Pej Daerah dan Tanah Hilir Perak!!!

Destinasi Rombongan Tadika Kemas & Taska Permata Felcra Seberang Perak

Image
Assalamualaikum Hai ...lama tak bersua....(ada ke yg rindu sy ni)...huhu... n3 kali ni nak story sikit destinasi rombongan Taska Azzalea sabtu (7.9.13) lepas... kami pergi semuanya 3 biji bas. sebiji bas for Taska dan 2 biji bas for Tadika..ikut jadual, berkumpul pukul 6 pg, bertolak kul 6.20 pg. tp biasala ,org kata janji melayu (kenapa tak cina ke, india ke)...last2 kul 7.10 pg baru bertolak..kul 5.00 pg my Mr. Patrick gi hantar Adam kat umah my MIL. kesian Adam, pg2 lg dah berembun...malas nak bawa Adam sebab Azzalea sorang pun kena jaga sampai 2 org, risau dia mengamuk,ha sudahhh.......tak pe lah bila dah besar sikit , nanti ibu dgn ayah bw Adam sekali yer.... kakak keboringan duduk dlm bas First destinasi ke Pusat Sains. kat situ kami sampai dalam kul 11 pg. mula masuk Azzalea ok la coz ada akuarium. bila masuk seterusnya mula dia boring dgn pemandangan di dlmnya....sampai kul 12.15 tghari kami check out then menuju ke muzium negara pulak. Pusat Sa...