Hukum Membasuh Baju Menggunakan Mesin Basuh
sumber : encik google Efa nak kongsikan di entri kali ini, mengenai hukum membasuh baju menggunakan mesin basuh. Efa dapat maklumat ini melalui group whatsapp. Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian.. Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul. Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan air lalu di akhir pembasuhan. Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya tidak SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis. Langkah-langkahnya: 1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuh...