Posts

Showing posts from June, 2015

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Di Bulan Puasa

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera #Cabaran20Hari | Menu Wajib Di Bulan Puasa #Cabaran20Hari kita untuk hari yang keempat adalah menu wajib dibulan puasa. Bagi Efa di bulan puasa ni menu yang paling wajib adalah nasi, lauk pauk, panis mulut / kuih dan buah kurma. Ini adalah menu yang perlu ada di meja makan ketika hendak berbuka. Gambar-gambar di atas adalah antara menu wajib Efa di bulan puasa. Efa tiada menu yang khusus dibulan puasa. Bagi sesetengah orang satu menu khusus perlu ada setiap hari. Kalau tak de menu tu, tak boleh nak makan. Contohnya seperti pecal perlu ada setiap ketika hendak berbuka..

Perkembangan Bayi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Salam Sejahtera Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan kita berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.  Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.  Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:  ...

#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Ada sesetengah orang time sahur dia rajin memasak bagai. Efa pun kalau time rajin tu keluar, macam2 menu ada. Tapi kalau malas, mulalah keluar menu yg paling ringkas dan simple..hehe. Setakat ni menu yg paling ringkas Efa sediakan ialah maggi ayam kangkung. hahaha...jangan terkejut dengan nama menu tu tau...nama menu tu memang hak terpelihara Efa sendiri. Ok jom kita layanzz apa resepi Maggi Ayam Kangkung. #Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas sumber : google Maggi Ayam Kangkung Bahan2 * maggi perisa ayam * minyak masak * bawang besar * Kangkung * air Cara memasak ~ panaskan minyak dalam kuali. bila minyak dah panas masukkan bawang besar yg telah dihiris halus. bila bawang dah kekuningan masukkan air dan maggi serta perencah dan biar sehingga ia mendidih. bila maggi dah lembut , masukkan kangkung dan biarkan seketika. bila dah masak angkat dan masukkan...

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera #Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur #Day02 Sahur  ( Arab :سحور cahaya subuh), juga di sebut  Sehri ,  Sahari  dan  Suhoor , ialah terma yang digunakan umat Islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum  berpuasa  di siang harinya pada bulan  Ramadhan . Ia di lakukan sebelum masukkan waktu  Solat Subuh , lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang. Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh). Bila sebut tentang sahur, terdapat macam-macam pengalaman yg dilalui.Seingat Efa masa kecil (Darjah satu) taklah susah sangat nak bangun sahur. Bila mak atau kakak kejut untuk bangun sahur, Efa bangun macam biasa jer. Tak banyak tanya pun. Masa makan, biasalah mamai tu mesti ada. hehehe.. Semasa Tingkatan 1 , Efa dah start duduk asrama. So, masa sahur makan dengan kawan-kawan kat dewan makan. Masa ni tak pernah pun tak bangun sahur ...

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Hai...untuk pengetahuan semua , hari ini bermulalah #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Untuk hari pertama #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015, tajuknya adalah Apa Erti Puasa Bagi Anda? #HariPertama #Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda? Puasa dalam Bahasa Arab nya adalah   صوم . Puasa boleh diertikan sebagai 'menahan diri'. Dari segi istilah syarak pula, puasa bermaksud 'menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari besera ta niat'.  Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat  Islam  juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni ...

#Cabaran 20 Hari Puasa/Raya 2015

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Cabaran 20 Hari Puasa/Raya 2015 Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR? #Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri. Cabaran akan bermula esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015.  Wahh!! Dah mula?  Ya!  Jom sahut cabaran ini! #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6 #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13 #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20  Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger. Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi?? ...

Air Kelapa Muda Banyak Khasiat

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Siapa tak suka air kelapa muda kan..perghh..tambah-tambah di bulan Ramadhan yg mulia ini..memang menyejukkan.hehe. Okeylah ,Efa nak share sikit mengenai khasiat air kelapa muda kepada kita. KHASIAT AIR KELAPA MUDA  smile emoticon 1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang. 2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang. 3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda. 4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan. 5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga. 6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang. 7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (pe...

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

Image
Assalamualaikum Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam? Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini .  Jawapan ada di sini!! Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri. Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature Madeena Skincare by Helenz Signature Logo Helenz Signature Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi. Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature Madeena Skincare by Helenz Signature Dapatkan  Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:- Mencerahkan dan Melembapkan Kulit Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat Menghilangkan Whitehead dan Blackhead Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya Menghilangkan Kesan Lebam di Bawa...

Tip Diet Mudah Untuk Sahur

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Hari ni hari ke 6 kita berpuasa. Sekejap je rasa. Rasanya masih belum terlambat Efa nak share sikit tentang tip diet mudah untuk sahur. sudah pastinya raya ni korang mesti nak selim melim kan. Nak pakai kebaya lah katakan semasa Aidilfitri nanti. Kat bawah ni antara tip mudah ketika sahur yang boleh kita lakukan untuk kawal berat badan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh ke SINI . Tip Diet Mudah Ketika Sahur # Jangan skip sahur sahur penting untuk membekalkan tenaga dan merupakan sunnah dalam amalan berpuasa. # Segenggam + karbo ia merupakan sumber utama badan # Komplex karbo ia memberikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat. # Protein yang bersih protein boleh mengenyangkan # Elakkan garam kerana garam boleh mempercepatkan dehydration. Oleh itu, kita hendaklah memilih makanan yang ada potassium. # Elakkan kafein Kafein juga boleh m...

"Giveaway bersama Wayne Harraz"

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Jom sama-sama kita memeriahkan lagi   giveaway dari Wayne Harraz  . Klik BANNER di atas untuk join Penyertaan dibuka dari 18.06.2015 - 30.06.2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Jom sertai giveaway ini. bersama-sama memeriahkan suasana giveaway ini. GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Seluruh Negeri Di Malaysia

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Salam Sejahtera Bila Ramadhan muncul, Zakat Fitrah pula akan melayang-layang difikiran kita. So,entri kali ini Efa nak share sikit info mengenai Zakat Fitrah dan kadar bayarannya di seluruh negeri di Malaysia. Zakat Fitrah Zakat fitrah  dikenali juga sebagai  zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri  kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.  Zakat  fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam). Kadar Fitrah Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya ( ijtihad ). Bagi tahun berakhir 2007  Masihi /1428  Hijrah  dan 2008  Masihi /1429  Hijrah  di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah...