Posts

Showing posts with the label Ketam

Ketam Masak Pedas Bertelur Menyentuh Jiwa

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Resepi Ketam Masak Pedas Menyentuh Jiwa Hai.... Siapa kat sini yang tak suka makan ketam. Efa rasa semua suka kan. Cuma nak makan ketam ni remeh sikitkan. Nak buang kulit dia yang keras tu ....Tapi apapun ketam enak dimakan bila-bila saja .... Jom Efa kongsikan resepinya di sini... Credit : portalresepi.blogspot.com Bahan-bahan Resepi Ketam Masak Pedas Bertelur Menyentuh Jiwa 3 ekor ketam ( yang besar-dipotong 2) 15 tangkai cili kering * dikisar 1 1/2 biji bawang besar * dikisar 3 biji bawang putih * dikisar 1 batang serai * dikisar 1/2 inci halia * dikisar 2 sudu besar sos cili 1 biji telur (ambil telur putih sahaja) Garam dan gula secukup rasa Cara Penyediaan Ketam Masak Pedas Bertelur Menyentuh Jiwa Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali sehingga masak / naik minyak. Kemudian masukkan sos cili, telur putih dan kacau sehingga sebati. Masukkan ketam dan tambah air sedikit untuk masakkan ketam. Tutup...