Posts

Showing posts from April, 2013

Menu Last Week

Image
Assalamualaikum n3 kali ni tentang menu last week.xsempat update....busy la sangat kononnya....  kurma ayam favourite my princess   kobis tumis kicap ikan goreng khas tuk my princess. selalu nya dia xnak ayam, sebab tu lah aku goreng ikan. ikan nya kecik2 maybe ikan dlm proses nak membesar kot....

My little Boy - 9 Bulan

Image
Assalamualaikum Selamat Pagi Hari ni 30.4.2013, genap umur my little Boy 9 bulan. rasanya baru jer lg melahirkan dia.. semoga membesar dengan sihat, jd anak yg soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara...amin. 

Time to Tutti Frutti

Image
Hai all..........morning semua....semoga pg Jumaat yg indah ini akan memberi keberkatan kepada kita semua....amin.... Rabu lepas aku n the gengs (tp x complete, ada yg x der) pegi ke Tutti Frutti ... Pg kami dah b/fast so tengahari x gi lunch coz kenyang lg. gengs aku ajak gi Tutti Frutti. aku no hal, follow jer... .  kami 3 orang jer yg pergi (aku, Fara n   Deera   ), yg lain ada yg posa, masuk wad dsbnya  aku ambik ni. harganya RM 9.90  Yg ni Fara.RM 8.25 ni Deera. RM 10.00  Deera n Fara dan ini AKU lah...hihi. gambar xclear coz time ni tgn Deera menggeletar...sbbnya ????? hanya kami shj yg tahu...hihihi

Bermain Boleh Mengembangkan Deria Ransangan Anak Kita

Image
Assalamualaikum dan selamat petang...... Kali ni   IBUADAMBATRISYA nak kongsi sikit ilmu untuk ibu2 bapa2 mengenai perkembangan deria ransangan anak2 kita....yer lah...bila dah ada anak ni kita mesti nak yg terbaik buat anak kita kan.... so, jom terjah...hahaha.......... BAYI Bayi menganggap anda sebagai rakan sepermainannya yang sangat penting. Jika semenjak di lahirkan penjaga yang meluangkan kebanyakan masa dengan anak anda maka penjaga adalah orang yang dia sangat harapkan dan ingin bermain bersamanya. Dengan anda dia akan bermain dan menyelami perkara-perkara baru. Kira-kira usia 9-12 bulan, dia akan mengharapkan anda untuk memberi tunjuk ajar tentang apa yang patut dan selamat untuk dicubanya, selalunya dia akan membuat sekilas pandangan ke arah anda untuk mengetahui ekspresi wajah anda. ANAK KECIL Dia akan akan lebih suka bermain dengan kanak-kanak lain apabila daya fokus anak anda terhadap dunia berkembang. Setelah dia mula memahami yang kanak-kanak la...

Anak Demam, Selsema dan Batuk

Image
Jika anak demam ...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik k enapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi. Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Batuk ....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips : bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die mun...

No...No...No Puting.....

Image
Hai everybody.....bersua kita kembali..... n3 kali ni aku nak story skit tentang anak dara aku ni... Anak dara aku yg sorang ni umurnya 3 tahun 10 bln... dia ni merupakan penghisap puting (kosong) yg tegar...smpai sekarang ta boleh nak buang tabiatnya tu...macam2 dah aku buat, aku letak jadam (warna hitam, yg pahit tu),dia tetap hisap gak...ada sekali tu aku letak sirap, dgn harapan dia takut la warna merah tu. Mula2 mmg dia takut,tak sampai 15 minit aku tengok kat mulut dia merah2. rupa2nya dia dh hisap balik puting tu (kakak...kakak...). sejak dia masuk Taska, waktu sekolah dia tak hisap,coz cikgu marah...tp bila balik jer umah,macam orang ketagih mencari putingnya..... Semalam, aku cari la idea cmner nak bg dia berhenti hisap puting tu.... First, aku ambik puting dr mulut dia. aku cakap no...no...no...puting...pastu aku ckp gak nanti cikgu Ita marah...coz cikgu Ita ni kat sekolah dia terkenal dgn garangnya. kat sekolah cikgu akan kata kat dia, no...no...no..puting, sebab tu aku...

Ibu Sayang Sangat Kamu Berdua

Image
ta....da.....ni gambar terbaru my son n my daughter...my son yg dah botak...kesian anak bujang aku ni,sejak2 dah potong rambut ni ,ayah call him, "botak ayah"....huhuhu..alahai , tp rambut anak bujang ibu ni jarang....kalau dia potong rambut pun macam tak potong jer.... Adam tak hisap puting...dia pinjam jap puting kakak....dia suka sangat main puting kosong kakak dia... P/S: background gambar2 diatas abaikan yer....buat2 tak nampak jer......

MeNu MakaNan WeeKend Lepas

Image
hai...hai.....bertemu lg kita untuk hari ini..... n3 kali ni aku nak post apa yg aku masak weekend yg lepas...ni baru ada masa nak post...busy sgt la kononnya....hihihi.....anak dara aku sorang ni suka sgt mkn yg masam2...selalu nya aku buat ikan masak taucu, tp jemu gak kalau masak taucu jer. so, weekend yg lepas aku buat tomyam ayam.... suka sangat dia makan masam2 ni. tp, tak boleh lah buat pedas sgt...nnti dia dok kata, "ibu, pedas...pedas..."..hehe...terus dia tak nak sentuh nasinya....   Tomyam ayam favourite my daughter Aku ni kalau dh masak mesti nak kena cukup pasangannya....bila dah masak lauk, confirm kena ada sayur nya...sayur kali ni aku masak yg simple2 jer...labu air tumis ... kalau korang tak kenal labu air, ini lah dia...... ni pulak labu air yg dah ditumis made by Efa Anuar Hehehe....tak tau lah sodap ke tdk...kalau nak tau rasa lah sendiri......kuikuikui... Minum petang plak aku buat lempeng (resepi by Mat Gebu  ) di makan dengan sa...

MenguNdi oh MengUndi

Image
Alhamdulillah....masih bernafas di bumi Allah ini.... Hai, dah lama rasanya tak update blog ni....busy skit la.....kat opis ngan minggu audit nya...then, partner pula cuti kahwin....so, bagi peluanglah dia berhoneymoon...hehehe.tp kadang2 tu terpaksa gak kacau dia,sorry ek.... Kepada En. Shojek  & Siti ; Selamat Pengantin Baru...Moga bahagia hingga akhir hayat... Sorry, akak tak dapat menghadirkan diri ke majlis kerana.......( seperti yg dah dimaklumkan...hehehe)... Apapun Alhamdulillah, majlis u all berdua dah selesai dengan jayanya..... Ok lah, kita kembali semula ke tajuk yg sepatutnya... Seperti yg kita tahu, tengah heboh sana sini about PRU 13. Aku pun nak heboh gak tentang PRU 13 ni...tapi tentang pengundi2 yg tersangat-sangat la fanatiknya...kalau kita pergi ke mana2 jer,confirm kiri kanan jalan ada jer pelbagai jenis bendera...biru lah, hijau lah, putihlah,merah lah......colourful....tp yg tak bestnya ,jgn lah korang pasang bendera tu rendah sangat...kalau yg ti...

Autisme

Image
SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme. Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya. Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. Umur anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an. Kadangkala, bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat gara-gara menjaga pesakit tersebut. Sifat sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik buat pesakit autisme. Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153: "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesunggu...

Jom Masak !!

Image
sabtu dan ahad lepas aku tak ke mana.so ,biar lah aku memasak  je kat rumah...selalunya ari cuti aku malas nak masak, beli jer...ala....bkn ramai pun yg makan..so,beli aje lah...tp sejak My Beloved Daughter(MBD) lebih suka makan nasi,aku jadi rajin pulak nak masak. so,time weekend la aku nak mencuba pelbagai resepi. tapi  make sure la masakan yg aku masak tu favourite MBD dan My Hubby.... weekend semalam aku masak kari udang dgn kentang..udang laut tau..bukan udang galah , bukan udang bela (yg dibela)...udang galah aku suka gak makan,tapi udang bela aku tak suka la.rasa dia tak sedap.udang laut ni aku suka sebab rasa dia manis.tapi , for u information,aku tak makan udang galah yg besar..coz ada story disebaliknya. tak perlulah aku cerita.nanti ada yg menyinggung mana2 pihak hehe. kalau time kenduri  kahwin family aku, my sibling yang lain berebut2 nak makan udang panjat hidangan pengantin.tp aku steady jer... sebab tu lah masa aku kahwin my mum and my sisters tak bua...

My Nephew Kahwin

Image
Lama dah rasanya tak berblogging ni... almaklumlah busy skit last week, dari hari khamis  to  ahad...coz my nephew , kahwin then isnin lak My Beloved Son (MBS) kena jangkitan kuman kat seluruh badan.habis tumbuh bintik2 cam chiken pop... Firstly, I ingatkan MBS kena chicken pop but tak demam. Lastly doktor mention jangkitan kuman jer... So lega rasa hati.....Alhamdulillah...... Ni lah pelamin nya...Temanya hijau Ni time acara potong kek.petang, lepas asar.Time bersanding tak sempat nak snap..maklumlah mak sedaranya busy didapur Souvenirs untuk tetamu Gambar MBS kena jangkitan tak sempat nak snap jugak....sorry....