Anak Demam, Selsema dan Batuk
Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari
supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan
teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar
mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali
sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun
sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan
mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.
Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya
keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta
dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat
beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak
kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips : bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk.
Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8
pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam
7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya
dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada
ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis
dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak
langsung.

Comments
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...