Posts

Showing posts from November, 2013

thanks My Mr. Patricks

Image
Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah... Aku bersyukur kepada Mu... walaupun ia tak seberapa tp diberi dgn hati yg ikhlas.... Thanks tu En. Hubby....luv u so much.... hehehe....amat bermakna bg EA... apa dia????sure jd tanda tanyakan....tak pe lah, biarlah diri ini shj yg mengetahui nya...... sorry u olls, bkn nak berahsia....tp hanya EA, En hubby & anak2 shj yg tahu....... # Anugerah yg terindah.........

konvo dak azzalea 2012

Image
Hari Graduasi Dan Kecemerlangan Kanak2 Tabika dan Taska Kemas Zon C 2012 Sebenarnya majlis ni dah lama. sajer nak update coz time majlis ni diadakan EA belum lg berkecimpung dlm dunia blogger ni... lagi pun n3 akan datang EA nak update pulak Hari Graduasi 2013 iaitu tahun ni punya konvo...tahun lepas Dak Azzalea 3 tahun..so ,dlm majlis ni dia tak pakai jubah la.. anak2 yg tahun akhir barulah dipakaikan jubah.... # penyampaian hadiah utk kanak2 Taska # pertandingan baju ?....lupa lah baju apa...kategori kanak2 Taska Dak Azzalea tak menang pun pertandingan ni.... # suka sgt Dak Azzalea time ni ni konvo Dak Azzalea tahun lepas (umur 3 tahun) next n3 EA akan update konvo tahun ni yer....

Adam dah Pulang...

Image
Alhamdulillah.....chicken pox sudah beransur kering... MC pun sampai ari ni jer....ni hari yg ke 11...fuyooo... sesetengah org tu ari ke 5 dh kering...tp Doc ckp ikut badan org nya...setiap org tu ketahanan bdnnya berbeza...so, thats mean, bdn EA tak kuat la yer..huhuhu... tak pe lah janji sihat...boring jg lama2 cam ni...tp ingat lah " Apabila Tuhan menguji kamu, bermakna Allah tu sayangkan kamu...oleh itu, bertaubatlah dan insaf lah atas apa yg kamu lakukan"... betul jg tu...maybe selama ni EA lalai dan leka.sebab tu Allah uji EA.. mungkin ada hikmah disebalik setiap perkara yg terjadi kannn...... Allah tu menjanjikan yg terbaik untuk setiap umatnya.... Dak Adam pun dah balik kepangkuan EA sekeluarga...heheh...suka...suka....mana taknya sampai terdemam-demam Dak Adam rindukan ibunya.. tp yg sadisnya...bila EA menjenguk kan muka ke rumah my MIL , Dak Adam buat cam tak nampak jer ibu dia...pas tu bila time nak ambik Dak Adam, boleh dia mengelak tak nak dan nangis2...sedi...

Taska Permata Kemas Felcra Seberang Perak

Image
Hahaha....sekarang dah bulan November ..lagi 1 month lebih jer Azzalea akan bersekolah di sini... baru sekarang sempat nak cerita kan serba sikit  about sekolah dia...bknnya apa, nak cari gambar dia kt sekolah susah sikit. ni gambar2 ni dpt pun dr FB cikgu2 sekolahnya. then dgn kekangan masa yg agak terhad.coz nak cerita ttg school Azzalea ni kena time tenang, aman dan damai.baru happy nak story...so, thats mean, skrg ni time tenang la yer..mana tak nya EA (singkatan drpd Efa Anuar) ni tgh MC...nak tau kenapa??? chicken pox menyerang...jangkitan virus dr Azzalea la ni....huhu...dh tua2 kena chicken pox. kelakar kan...  Dak Azzalea start masuk Taska ni tahun lepas .masa tu umurnya 3 tahun. sekarang 4 tahun. so,maknanya 2 tahun la dia belajar kat taska ni...tahun depan hantar mana???? tak tau lg...tak decide pun lg...ayoyo...dh hujung tahun ni EA, cmner boleh jd gitu....hehehe....tak per Dak Azzalea baru 5 tahun...yo la tu...nnti baru kalut nak cari.... kat bawah...

Hari ke 3 - chicken pox

Image
7 Nov 2013 ~*~*~*~*~ Pukul 6 am En Patrikcs dah sampai umah. awalnya... EA dgn Dak Azzalea tido lg... Sampai umah En Patrikcs tak masuk bilik .dia terus pergi dapur...lama pulak tu kat dapur..entah buat apa la pulak apa yg dibuatnya kat dapur tu... EA tak sedap hati, bangun dan terus gi dapur..rupa2nya En Patrikcs dah siap solat dan tengah buatkan air mandian  daun bambu utk EA... perghhhh. teruja sangat...thanks my hubby coz susah payah camtu sekali...dia kata arini kan dia kerja so, dia siapkan awal2 air mandian tu...pastu dia gerak Dak Azzalea untuk mandi then terus siapkan pakai baju sekolah. Dah settle Dak Azzalea, terus dia keluar ke kedai beli sarapan utk Dak Azzalea. EA tak sarapan, coz tak selera nak makan. mulut rasa pahit. tp En Patricks belikan roti gardinia yg biasa tu sbb EA nak cicah dgn air teh o panas...tu jer yg menyelerakan...then EA pun mandi . sementara Dak Azzalea breakfast, En Patrikcs sapu kan lotion kat seluruh badan EA. thanks my hubby, buat ...

Hari kedua - chicken pox

Image
6 Nov 2013 ~*~*~*~*~ Bila dh tak jadi nak pegi opis, so EA pun bersiap2 la nak gi klinik dgn En Patrikcs..smpai klinik...perghhh...ramai org. so EA tunggu dlm kereta sementara tunggu En Patrikcs gi daftar... EA gi klinik gov. jer...confirm dpt MC kan..hehe.. tak lama pas tu En Patrikcs dtg dan suruh EA masuk klinik...then nombor giliran EA dipanggil. jumpa MA, ingatkan jumpa Doktor....MA  tanya kenapa?. EA boleh jwb cam gini..."chicken pox kot"...gelak MA tu.... Sambil MA tu tulis apa ntah kat kad EA, dia tranya ,"akak kerja mana?"(mcm tau2 jer EA kerja gov. ntah2 muka EA dah famous kot asyik berulang alik ke klinik jer hihihihi). "Pej Daerah dan Tanah Hilir Perak", jawab EA selamba... pastu MA tu suruh jumpa doktor untuk MC..la....kalau td terus jer jumpa doktor kan senang.tak payah banyak kejer.... Masuk bilik doktor, dia bg MC sampai hari Jumaat."kalau Isnin tak ok lg, dtg jumpa saya balik", kata doktor. dalam hati EA (tak boleh...

First day - chicken pox

Image
5 Nov 2013 ~*~*~*~*~* Sebelum ni Azzalea yg kena chicken pox. now, virus tu telah disebarkan kpd ibunya. almaklumlah, sepanjang 33 tahun ibu belum lg dijangkiti virus chicken pop. betul la kata org, org kedua yg akan dijangkiti apabila  org pertama telah sihat sepenuhnya. ni yg terjadi pd EA, apabila Azzalea dh sihat, virus tu berpindah kpd EA..huhu. pg2  ni bangun tido terasa ada sesuatu tumbuh kat dahi...jerawat kot..tp dlm hati 'ntah2 chicken pop'. cpt2 sapu ubat balance Azzalea punya. tanya En. Patricks," ni chicken pox ker jerawat". he says, "jerawat jer ni"...lega hati.En. Patricks pun keluar ke kedai berhampiran.. then EA terasa mcm ada biji tumbuh kat belakang bdn. rasa cam lembik2 jer...ha...sudah....EA pun tunggulah En Patricks pulang...bila dia pulang jer terus suruh dia tengok...dia gelak....dan dia kata,'surprise...chicken pox...haha..'.EA pun senyap tanpa berkata apa2. cari punya cari jumpa lg satu gelembung yg berair tu...dh...

Solat Sunat Dhuha - cara ringkas mengerjakannya

Image
Jom kita ber 'Dhuha' Fadhilat Solat Sunat Dhuha Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan. ·          Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda:  “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.” ·          Rasulullah SAW  bersabda:    “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”      (HR At-Tabrani) ·          Rasulu...

Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Image
Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah Assalamualaikum... Selamat menyambut Maal Hijrah 1435. 1 Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Islam dan terdapat satu peristiwa penting di mana tarikh ini merupakan tarikh penting bg memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dr Kota Mekah ke Kota Madinah pd Tahun 622 Masihi. N3 kali  ni, i want to share bacaan doa akhir tahun Hijrah dan awal tahun Hijrah. Doa Akhir Tahun Hijrah Doa ini dibaca sebanyak 3 kali pd akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pd akhir bulan Zulhijjah. Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”. Doa Awal Tahun Hijrah Bacaan doa ini adalah dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib pd malam 1 Muharram. Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata, “Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada...