Solat Sunat Dhuha - cara ringkas mengerjakannya
Jom kita ber 'Dhuha'
Fadhilat Solat Sunat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha
ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah
rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
·
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya
olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
·
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya
di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat
kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah
mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga
dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
·
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadith lain dari Nuwas bin
Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang
(Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang
harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
Solat sunat Dhuha boleh dikerjakan sama ada 2 atau 4 atau 8 hinggalah 12 rakaat.
Solat sunat ini afdal dilakukan ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya iaitu antara pukul 8 pg hingga 11 pg.
Cara ringkas mengerjakannya ( 2 rakaat )
Rakaat Pertama
* Niat "sahaja aku sembahyang solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
* Baca Al-fatihah hingga akhir
* Surah As-Syams (kalau tak mampu, surah pendek pun tak pe)
Rakaat Kedua
* Baca Al-fatihah hingga akhir
* Surah Ad-Dhuha (kalau tak mampu, surah pendek pun tak pe)
* Tahiyyat akhir dan beri salam

Doa Solat Sunat Dhuha
SELAMAT BERAMAL
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Comments
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...