Ujian dan Dugaan | Tanda Allah Sayang
First time malam ni AHB 9082 tiada bersama efa & family. Aduh...sedih rasanya... malam tadi ia tidur keseorangan di workshop.... Alkisahnya... petang semalam abang sulung efa buat makan-makan sikit sempena emak, kakak, abang ipar dan anak buah menunaikan umrah. Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu husband terlanggar sesuatu. bunyi nya agak kuat. Husband bagitau dia terlanggar besi dan tak sempat mengelak. Kami teruskan perjalanan sehingga ada kereta mengekori dari belakang dan bagi hi-beam banyak kali. husband pergi ke laluan sebelah kiri dan bagi laluan kepada kereta tersebut. kemudian kereta tersebut bagi signal sebelah kiri seakan menyuruh kami berhenti. efa mula berfikir ada apa-apa terjadi ke dekat kereta kami akibat dari terlanggar sesuatu tadi. rupanya husband pulak berfikir takut sesuatu yang dilanggar tadi terkena kereta tersebut. Owner kereta tu keluar dan cakap dekat husband," tangki minyak kereta abang bocor. saya ingatkan minyak kereta saya se...