Petua Untuk Yang Bakal Menjadi Ayah
Assalamualaikum ari ni mood nak masak tak der. en patrick makan kat umah org kenduri. aku pulak tak der selera nak makan akibat rasa mual2 dr pg. today aku nak share sikit info kepada yang bakal menjadi papa. 1 . Biasakan berjaga malam . Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir. 2 - Kejutan kasih sayang . Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang. 3 - Ringan tulang . Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus...