Menangani Anak2 Yg Hiperaktif
Assalamualaikum Ramai ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif memandang ringan masalah yang melanda anak-anak mereka. Bagaimanapun, ada juga ibubapa menggunakan kekasaran untuk menangani perilaku anak-anak hiperaktif. Anak-anak hiperaktif seharusnya di didik menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza daripada anak-anak normal yang lain. 1. Latih anak-anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik. 2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda. 3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya. 4. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak. 5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada an...