Posts

Showing posts with the label Ikan

Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah Credit : melezatkan.blogspot.com Sup ikan merah memang disukai ramai, terutamanya anak-anak kita. Memang favourite Adam la ni. Bagi Cik Lea pula,"not my taste", katanya. Sebenar nya Cik Lea tak makan ikan. Dia dah ikut macam ibu dia pula tak makan ikan. Alkisahnya bermula, dia makan ikan kembong masak tempoyak. Cik Lea tercekik tulang. sejak dari itu, memang Cik Lea tak sentuh dah ikan. Efa rasa umur dia masa tu 5 atau 6 tahun. Okey lah, membebel pulak Efa ni yer..Jom kita tengok resepi Sup Ikan Merah ni... Bahan-bahan Resepi Sup Ikan Merah Seekor Ikan Merah (yang sederhana) 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih sedikit halia 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga kentang dan  tomato - dipotong daun sup / daun bawang garam secukup rasa Cara Penyediaan Sup Ikan Merah Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kul...

Siakap Tiga Rasa Yang Enak Menusuk Kalbu

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Resepi Siakap Tiga Rasa Yang Enak Menusuk Kalbu Credit : carigold.com Bahan-bahan Siakap Tiga Rasa  1 ekor ikan siakap 1 biji bawang besar * dihiris 2 ulas bawang putih * dihiris sedikit halia * dihiris 1 batang serai * diketuk 3 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos tomato 1 biji tomato * dicincang 2 helai daun limau purut sedikit daun bawang 1 biji cili merah / hijau sedikit gula dan garam Cara Penyediaan Siakap Tiga Rasa Goreng ikan siakap terlebih dahulu sehingga garing dan letakkan di dalam pinggan. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Msukkan cili kisar dan semua jenis sos di atas serta tomato yang telah dicincang tadi. Sebatikan dan masukkan sedikit air. Masukkan semua bahan lain kecuali ikan dan daun bawang. Perasakan dengan garam dan gula (seimbangkan rasa manis, masam dan masin). Akhir sekali masukkan daun bawang dan terus tutup a...

Ikan Kembong Masak Lemak Tempoyak Selera Kampung Yang Lazat

Image
Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang Resepi Ikan Masak Lemak Tempoyak Credit : Azie Kitchen Bahan-bahan Resepi Ikan Masak Lemak Tempoyak   ~ 5 ekor ikan kembong  ~ 1 mangkuk kecil tempoyak  ~ 1 batang serai di titik  ~ santan  ~ garam dan gula secukup rasa  Bahan kisar :  ~ 1/2 biji bawang besar  ~ 2 batang serai  ~ 1 biji lada besar/merah   Cara Penyediaan Ikan Masak Lemak Tempoyak  ~ masukkan ikan, tempoyak,serbuk kunyit dan serai yg dititik bersama dgn bahan kisar ke dalam periuk.kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.  ~ kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula. kacau dan biarkan seketika sehingga ia mendidih dgn api yg kecil.  ~ tutup api dan siap utk di makan.  ~ selamat mencuba!!!

Cencaru Sumbat Yang Sedap

Image
Assalamualaikum dan Salam Jumaat Yang Indah Resepi Cencaru Sumbat Hello….. Tengahari ni korang masak apa? EfA biasalah hari kerjakan…makan kat kedai atau kat kantin je lah.. tapi hari ini Jumaatkan. Rehat lama sikit...So, Efa dan kawan-kawang yang seangkatan dengannya kan makan kat tempat yang best-best sikit la...hahaha. Tempat best? Tak lah best mana pun. Taluk Intan ni, stakat giant tu je lah...so, sambil nak pergi makan boleh cuci mata... Berbalik kepada cerita asal, 2 minggu lepas, mak EfA beli ikan cencaru…mak suruh bakar…EfA pun bakar .tp bakar kosong jer dgn pemanggang ajaib…. EfA ckp kat mak, nanti EfA google macam mana nak buat sambal kelapa yg disumbat dalam perut cencaru tu…. (Kelassss kau…perempuan tak reti nak buat sambal  sumbat tu…huhuhu) Bukan apa,sebenarnya EfA tak makan ikan…so,sebelum-sebelum ni tak pernah nak belajar dan tak pernah nak ambik tahu pun tentang ikan ni… Tapi bila dah jadi bini orang dan mak orang so, baru lah terhegeh-he...