Matlamat Aku Menjadi Blogger
Assalamualaikum Matlamat Aku Menjadi Seorang Blogger | Apa yang kita buat atau lakukan mesti mempunyai matlamat kan. Kalau orang lakukan sesuatu tanpa ada matlamat boleh dikatakan apa yang dia buat adalah sia-sia. Okeylah, sebenarnya entri kali ini merupakan entri denda yang dikenakan oleh Puan Pengetua EFG (ExchangedFeedGroup) iaitu mommy irra kepada ahli EFG yang tidak cukup 31 entri untuk bulan Julai..hahaha. padan muka. tu la maka banyak sangat ketupat dan lemang sampai jadi malas nak buat entri. Okey lah , berbalik kepada tajuk asal. Matlamat Efa menjadi seorang blogger pada awalnya hanya untuk suka-suka sahaja, hanya untuk keseronokan mengisi masa lapang. Tetapi Efa makin lama makin serius dengan dunia blogger setelah ditemukan dengan ExchangedFeedGroup ni. Matlamat Efa menjadi seorang blogger adalah: Ingin berkongsi kisah peribadi, kerjaya dan kehidupan (umpama sebuah diari). Mahukan perkongsian yang lebih panjang dengan kupasan dan pandangan sen...