Matlamat Aku Menjadi Blogger
Assalamualaikum
Matlamat Aku Menjadi Seorang Blogger | Apa yang kita buat atau lakukan mesti mempunyai matlamat kan. Kalau orang lakukan sesuatu tanpa ada matlamat boleh dikatakan apa yang dia buat adalah sia-sia. Okeylah, sebenarnya entri kali ini merupakan entri denda yang dikenakan oleh Puan Pengetua EFG (ExchangedFeedGroup) iaitu mommy irra kepada ahli EFG yang tidak cukup 31 entri untuk bulan Julai..hahaha. padan muka. tu la maka banyak sangat ketupat dan lemang sampai jadi malas nak buat entri.
Okey lah , berbalik kepada tajuk asal. Matlamat Efa menjadi seorang blogger pada awalnya hanya untuk suka-suka sahaja, hanya untuk keseronokan mengisi masa lapang. Tetapi Efa makin lama makin serius dengan dunia blogger setelah ditemukan dengan ExchangedFeedGroup ni. Matlamat Efa menjadi seorang blogger adalah:
- Ingin berkongsi kisah peribadi, kerjaya dan kehidupan (umpama sebuah diari).
- Mahukan perkongsian yang lebih panjang dengan kupasan dan pandangan sendiri.
- Ingin menambah kenalan
- Ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan serta kemahiran yang Efa ada dalam sesuatu bidang.(ada ke? hehe)
- Blog menjadi wadah untuk berdakwah dan medium untuk melakukan amal jariah.
- Berkongsi minat dan hobi untuk dikongsi bersama orang lain.

Good luck for my self..hehehe..bila dah capai matlamat baru lah success...
alahai kena denda..takpe la at least boleh share matlamat kita blogging yang ramai orang x faham tu kan...
ReplyDeleteall the best
ReplyDelete