Daging Goreng Halia Yang Simple dan Sedap
Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang
Resepi Daging Goreng Halia Yang Simple dan Sedap
Hari minggu ni kalau tak pergi ke mana-mana, boleh lah kita masak memasak kat rumah kan. Bagi Efa minggu ni tak ke mana pun sebab Husband kerja. So, duduk kat rumah meluangkan masa dengan Cik Lea dan En Adam. Di samping itu, boleh memasak untuk anak-anak dan Husband kan. Berilah mereka makanan dari hasil tangan kita, betul tak? hehehe.
Okey lah, di sini Efa nak kongsikan dengan semua Resepi Daging Goreng Halia yang simple tetapi enak tau...

Credit : rasa.karangkraf.com
Bahan-bahan Resepi Daging Goreng Halia
300 gm daging (rebus dahulu hingga empuk)
2 sudu besar sos tiram
2-3 titik minyak bijan
1 sudu besar kicap cair masin
sedikit serbuk lada sulah
# perap semua bahan di atas selama 1/2 jam
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
sedikit daun bawang *
cili merah *
* Hiris bahan-bahan di atas
Cara Penyediaan Daging Goreng Halia
Panaskan mnyak di dalam kuali. Tumiskan halia, bawang besar, bawang putih sampai naik bau. Masukkan daging yang diperap tadi. Kemudian masukkan sedikit air (sikit jer tau). Bila daging dah masak, masukkan cili dan daun bawang.
(Tidak perlu letak garam kerana bahan perapan sudah masin)
#kalau guna daging batang pinang, tidak perlu direbus dahulu kerana ia cepat empuk
Ok, siap untuk dihidangkan...selamat mencuba....
Nampak sedap Dan simple. Kena Cuba ni
ReplyDelete