Sup Tulang Ala Thai Yang Power

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Resepi Sup Tulang Ala Thai Yang Power

Hasil carian imej untuk sup tulang ala thai
Credit: mesra.net

Bahan-bahan Sup Tulang Ala Thai 


1 kilo daging bercampur tulang lembu
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
 daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

*Rebus tulang sampai dagingnya empuk.

Bahan-bahan Tumis

3 sudu besar rempah sup 
2 biji bawang merah 
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci lengkuas 
2 batang serai dititik 
5 biji cili api-boleh tambah 

Cara Penyediaan Sup Tulang Ala Thai


Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih . Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekala sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian masukkan tomato yang telah dipotong empat.  Bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.
Ok, dah siap...selamat mencuba.

Comments

  1. Alahai..baca jer SA dah rasa terliur dah ni....

    ReplyDelete
  2. jom join GA ni..rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  3. salam singgah . teliuq tgk sup pepagi ni ^^

    ReplyDelete
  4. lama tak makan.. done folo u, folo me back k http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir