Ketam Masak Pedas Bertelur Menyentuh Jiwa

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Resepi Ketam Masak Pedas Menyentuh Jiwa

Hai.... Siapa kat sini yang tak suka makan ketam. Efa rasa semua suka kan. Cuma nak makan ketam ni remeh sikitkan. Nak buang kulit dia yang keras tu ....Tapi apapun ketam enak dimakan bila-bila saja .... Jom Efa kongsikan resepinya di sini...


Credit : portalresepi.blogspot.com

Bahan-bahan Resepi Ketam Masak Pedas Bertelur Menyentuh Jiwa

3 ekor ketam ( yang besar-dipotong 2)
15 tangkai cili kering * dikisar
1 1/2 biji bawang besar * dikisar
3 biji bawang putih * dikisar
1 batang serai * dikisar
1/2 inci halia * dikisar
2 sudu besar sos cili
1 biji telur (ambil telur putih sahaja)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Ketam Masak Pedas Bertelur Menyentuh Jiwa

Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali sehingga masak / naik minyak. Kemudian masukkan sos cili, telur putih dan kacau sehingga sebati. Masukkan ketam dan tambah air sedikit untuk masakkan ketam. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan dalam 5-7 minit (supaya ketam tu masak). Ok dah siap...






Comments

  1. Kalau ada lauk ketam biasanya PC makan nasi sikit je..sebab nak ratah ketam tu..hehehe..

    ReplyDelete
  2. mak oiiii..!! memang SANGAAAATTTT menyentuh jiwa ni... :)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, kecur liur tengok masak ketam ni..")

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir