Agar-agar Laici Yang Sedap dan Simple

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang

Resepi Agar-agar Laici

Hai semua...Efa suka sangat dengan agar-agar laici ni..sedap bangat.hehehe. Dah dua tiga kali juga buat. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Gambar kat bawah ni sumber dari google ya...


resepi agar-agar laici
Credit : iResepi.com

Bahan-bahan Agar-agar Laici

1 peket agar-agar (25g)
1 tin susu cair
1 tin laici (nak letak lebih pun boleh)
6 cawan air
8 sudu besar gula (boleh kurangkan sukatan ikut citarasa)
1 helai daun pandan

Cara-cara Membuat Agar-agar Laici

Masak agar-agar bersama air sehingga larut . kemudian masukkan gula dan biar sehingga ia mendidih. Jangan lupa masukkan daun pandan supaya agar-agar berbau harum. Masukkan pula laici yang telah dikisar dengan susu cair. Kacau sehingga semua bahan mesra. (Tapi ingat jangan sampai mendidih ) Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti ais...

Okey, sedia untuk dihidang...Selamat mencuba!!!

Comments

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...