Program 'Jom Pi Pasar' Bantu Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah

Selalunya Efa akan ke pasar untuk membeli keperluan dapur seperti ikan, ayam, sayur  termasuk barangan runcit. Bukannya apa harga barangan di pasar lebih murah berbanding di tempat-tempat lain. Walaupun murah, setiap kali ke pasar sekurang-kurangnya RM100 habis dibelanjakan. 

Efa nak share  dengan korang mengenai  salah satu program usaha murni kerajaan untuk membantu golongan keluarga yang berpendapatan rendah iaitu Program 'Jom Pi Pasar!'.

Program 'Jom Pi Pasar' Bantu Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah



Ke arah terus membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, Program 'Jom Pi Pasar!' telah diperkenalkan.  Program ini adalah inisiatif dari  Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program 'Jom Pi Pasar' ini telah dilaksanakan sejak April 2017 dan melibatkan beberapa buah lokasi di Kuala Lumpur. 


Program 'Jom Pi Pasar' Bantu Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah
sumber : google


Kupon RM20 Program 'Jom Pi Pasar!'


Melalui Program 'Jom Pi Pasar' ini, setiap bulan 150 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan terutamanya kaum ibu yang sejak awal pagi gigih mendapatkan barangan runcit dan basah untuk keperluan keluarga. Kita sedia maklum, setiap bulan kebiasaanya kita membelanjakan hampir RM200 membeli barangan dapur. Sekurang-kurangnya dengan menerima kupon ini, bebanan untuk perbelanjaan barangan dapur dapat dikurangkan. Selain kupon RM20, penerima juga turut menerima satu beg makanan asas seperti beras, tepung gula dan sardin.


Program 'Jom Pi Pasar'
Sumber : Google

Tujuan Program 'Jom Pi Pasar'

Program ini diadakan adalah untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang menetap di bandar dalam menghadapi situasi kos sara hidup yang tinggi pada masa kini. Selain membantu meringankan bebanan kos sara hidup, pendekatan sebegini dapat mendorong di kalangan peniaga dan pengeluar untuk turut menurunkan harga di pasaran dengan tidak mengutamakan keuntungan semata-mata. Bekalan stok untuk pasaran juga akan cuba dipertingkatkan supaya lebih ramai lagi pengunjung di pasar mendapat barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah di pasaran. 


Program 'Jom Pi Pasar'
Sumber : Google

Keprihatinan kerajaan khususnya kepada keluarga yang memerlukan sentiasa menjadi keutamaan melalui pelbagai program kebajikan yang tidak bermusim dilakukan saban tahun dan tidak pernah berhenti.

Ramai yang berharap supaya program seperti ini berterusan pada masa akan datang dan bukan setakat pasar pagi sahaja bahkan ke pasar malam dan bazar Ramadhan nanti. Dan di harapkan semoga Program 'Jom Pi Pasar' ini akan diperluaskan kerana ia mendapat sambutan baik dan menggalakkan sejak program ini diperkenalkan. Dan lebih banyak lagi program-program kebajikan yang lain diwujudkan oleh kerajaan.

Jom Pi Pasar!




Comments

  1. Jom pi pasar kupon rm20 tu mewah beli sayur

    ReplyDelete
  2. Yezza.. Ai like pergi pasar instead of beli kat pasaraya.
    At least kita menyumbang pada ekonomi peniaga IKS dan produk hiliran.
    #doneAcahAcahJadiJurucakapFAMA ^_^ haha

    ReplyDelete
  3. Useful program macam ni untuk rakyat

    ReplyDelete
  4. Kupon Rm20 tu boleh beli macam2 gak ;)

    ReplyDelete
  5. besnyer,,siap ada kupon lagi tu. Saya suka prgi pasar ni..banyak barangan basah yang segar dan harga berpatutan

    ReplyDelete
  6. Betul la sekali g mmg habis dlm seratus juga..dpt kupon rm20 jimat dah sikit duit sayur2 kan..rezeki tu..

    ReplyDelete
  7. seronok tu dapat kupon percuma, banyak sayur boleh beli ni...

    ReplyDelete
  8. Tahniah kerajaan WP atas usaha dan inisiatif yang memang dapat mengurangkan beban rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  9. klu dkt psr tmpt sha rm5 3 sayur boleh dpt, klu dapat kupon rm20 byk bnda bole beli..kan

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, ada juga inisiatif untuk golongan berpendapatan rendah dekat KL ni, walaupun duduk KL tak semua gaju tinggi sekurang-kurangnya dapat bantu keluarga berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  11. Bagus sangat bantuan macam ni. 20 ringgit pun macam macam boleh beli.

    ReplyDelete
  12. very useful. tapi kalau dapat lagi byk amaountnya kan syok..

    ReplyDelete
  13. surirumah sape x suka dpt kupon RM20 skurangnya lepas lah duit sayur..harap2 kupon tu nti dinaikkan ke RM50 hihi

    ReplyDelete
  14. Sama la efa..kita kalau pi ke pasar ni, mau seratus lebih..kdg dua ratus pun ada..hehe..maklum la kita suka buat stok 1 bulan..ngeee

    ReplyDelete
  15. kalau g pasar beli darang dapur confirm lebih 20 ringgit..dapat kupon nih dapatlah jimat kan

    ReplyDelete
  16. Mengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj

    ReplyDelete
  17. Jom pi Pasar jom!
    #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  18. RM20 tu kalau guna betul2, macam-macam boleh dapat.

    ReplyDelete
  19. RM20 sangat bermakna bagi mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  20. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  21. Syoknya dapaf kupon rm20

    ReplyDelete
  22. Rm20 boleh la suri rumah memborong sayur.hehe.. banyak dapat tu.

    ReplyDelete
  23. betul tu.. RM20 nampak je sikit tapi bermakna :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...