RUMAWIP Membantu Warga Wilayah Persekutuan Untuk Memiliki Rumah

Dalam keadaan sekarang, yang mana harga rumah yang tinggi dan kekurangan rumah harga murah menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kebanyakannya sukar untuk membeli dan memiliki rumah. Bukan setakat warga kota sahaja, yang duduk di kampung pun sukar nak cari rumah dengan harga yang berpatutan. Disebabkan inilah RUMAWIP telah diwujudkan untuk mensejahterakan kehidupan warga kota di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Bertuah dan seronoknya kan menjadi warga Wilayah Persekutuan. Bermacam-macam program diadakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

RUMAWIP Membantu Warga Wilayah Persekutuan Untuk Memiliki Rumah


RUMAWIP adalah singkatan dari Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. RUMAWIP ni merupakan salah satu inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyediakan rumah mampu milik  untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. 

RUMAWIP Membantu Warga Wilayah Persekutuan Untuk Memiliki Rumah

Kalau korang nak tahu RUMAWIP menawarkan 3 kategori rumah mampu milik iaitu studio/1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik yang mana dalam bentuk rumah berstrata. Korang boleh tengok kat bawah ni jenis dan harga rumah yang ditawarkan untuk RUMAWIP ni.

JENIS
HARGA JUALAN
SAIZ MINIMA
Rumah Harga Rendah
RM63,000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya)
RM52,000 (Labuan)
700 kaki persegi (3 bilik tidur)
Rumah Harga Sederhana Rendah
RM63,001 - RM150,000
800 kaki persegi (3 bilik tidur)
dan 
650 kaki persegi ( 2 bilik tidur dan kurang)
Rumah Harga Sederhana
RM150,001 - RM300,000


Ciri-ciri utama RUMAWIP  ialah hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan keutamaan kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Untuk makluman, dijangka lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP akan dibina di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Lokasi  RUMAWIP adalah di pusat bandar berhampiran dengan kemudahan awam, sekolah dan pasaraya. Selain itu, ia lengkap dengan fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera litar tertutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kenderaan bagi setiap unit rumah. Ha...bestkan, banyak kemudahan disediakan  untuk memberi keselesaan kepada penghuni.

RUMAWIP Membantu Warga Wilayah Persekutuan Untuk Memiliki Rumah
sumber : google


Syarat-syarat Kelayakan RUMAWIP


Bagi korang yang tinggal di Kuala Lumpur berminat untuk memohon RUMAWIP, Efa share kan syarat-syarat kelayakan nya.


  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Warganegara Malaysia

  • Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

  • Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan  RM15,000.00  (Suami dan Isteri)

Bagi yang berjaya memiliki unit RUMAWIP, mereka tidak boleh menjual semula kediaman tersebut dalam tempoh 10 tahun dan juga tidak boleh menyewakannya kepada orang lain. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku kes tertentu seperti pemilik berpindah tempat kerja dari Kuala Lumpur ke tempat lain, mereka boleh menyewakan rumah tersebut kepada pihak ketiga untuk elakkan rumah tersebut dibiarkan kosong. Tetapi tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan Kementerian  Wilayah Persekutuan. iaitu disewakan kepada warga tempatan sahaja dan bukannya warga asing. Ini adalah untuk mematuhi dasar RUMAWIP  iaitu rumah mesti dihuni rakyat tempatan sahaja.


Rumah Wilayah Persekutuan
sumber : google





Okeylah, sekiranya korang dilahirkan, bekerja dan menetap di Kuala Lumpur berkeinginan untuk memiliki RUMAWIP ni, korang boleh mendaftar melalui sistem atas talian di laman web Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada bila-bila masa. Pemilihan projek perumahan boleh dibuat apabila tawaran untuk memohon beli rumah dibuka.

So, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah daftar. Kiranya korang ni bertuah sebab ada RUMAWIP ni. Macam Efa ni masih tercari-cari rumah yang sesuai untuk dimiliki. Bukannya memilih, tetapi nak sesuaikan harga rumah dengan pendapatan yang diperolehi. Walaupun di kampung, harga rumah lebih kurang sama di bandar. So, Efa harap korang hargai dan jangan lepaskan peluang yang telah diberikan untuk memiliki rumah sendiri.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai  RUMAWIP, korang boleh ke SINI.

Comments

  1. nak kena bagitau kawan-kawan yang bekerja di wilayah untuk mohon

    ReplyDelete
  2. Untung lah kalau siapa yang peka dengan skim rumah rumah mampu milik ni

    ReplyDelete
  3. kita dh apply..tgh usya2 rumah kat bawah projek RUMAWIP ni...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya ada bantuan macam ni. Moga usaha ini diperluaskan ke tempat lain juga.

    ReplyDelete
  5. Bagus ada program macam ne paling tidak membantu golongan muda untuk miliki rumah sendiri

    ReplyDelete
  6. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete
  7. yang kebetulan nak beli rumah tu, boleh try mohon RUMAW1P ni ...

    ReplyDelete
  8. Cantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)

    ReplyDelete
  9. Sesiapa yang layak tu cepat2 la apply ye

    ReplyDelete
  10. mampu milik sangat walaupon rumah kos rendah. nampak selesa tuuu

    ReplyDelete
  11. Yang layak jangan lupa apply

    ReplyDelete
  12. bestnya rumawip ni..untunglah diorg hihi

    ReplyDelete
  13. Syok dan untungnya warga KL

    ReplyDelete
  14. untunglah org kl...tapi berbaloi la diorang kos hidup tinggi.

    ReplyDelete
  15. Bestnya jadi warga KL..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir