Renungan Bersama (1)




Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yg pandai jangan terlalu dipuji, yg lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik; cuma ujian. Allah nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak.

Anak2 yg biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah Allah. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Anak2 yg biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dgn kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak2 kita. Terimalah pemberian Allah dgn redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf & ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yg salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

Anak2 ini dipinjam kepada kita untuk dijadikan ummat Muhammad yg hebat. Bukan untuk dinobat. Jangan bezakan anak2 kita, kerana diluar sana ramai lagi yg tak merasa jadi ibu bapa... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yg begitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak2 kita juga punyai hati dan jiwa. Mane tahu ada yg kita tak beri penuh perhatian sekarang tapi dialah yg akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk jadi IBUBAPA yg berilmu & cemerlang!

Kata indah untuk renungan kita bersama...


Comments

  1. betul tu kak.. jgn banding2 kan anak2.. walaupun dorg takde ckp pape, dlm hati mereka, kite tak tahu kan.. takut dorg memberontak dlm diam.. huhu

    ReplyDelete
  2. Good sharing kak... peringatan yg bagus ..

    ReplyDelete
  3. betul sgt kak efa. anak2 ni terlalu sensitif kalau dibanding dgn adik beradik lain/ank org lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir