Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas

Hari ni 9 Ramadhan 1437H bermakna dah 9 hari kita berpuasa. So, apa menu korang hari ni. Bagi yang bujang tak menjadi masalah, tapi yang berkeluarga ni pening jugak nak memikirkan menunya kan.... Orait, entri kali ni efa nak share  Resepi Sotong Goreng Kunyit . Reseip ni memang sesuai bagi ibu-ibu yang bekerja sebab ia simple dan ringkas.


Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas



Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas
credit : turqoise-teal.blogspot.my


Bahan-bahan Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas

3 ekor sotong bersaiz besar
3/4 camca besar serbuk kunyit
5 tangkai kacang panjang - di potong panjang lebih kurang 2 inci
Bunga kobis - ikut suka banyak mana
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji bawang besar - di hiris bulat (kalau guna bawang holand lg ummpphh)
5 biji cili padi hijau - diketuk
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas

#Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian perap dalam beberapa minit.
#Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi . kemudian masukkan sotong yang telah diperap tadi bersama kacang panjang, bunga kobis dan bawang besar .
#Akhir sekali tambah garam secukup rasa, kacau dan biarkan sekejap kemudian angkat.

Orait, dah siap...betul tak, simple dan ringkas je kan..... Jom cuba...



Boleh juga cuba resepi ini

# Resepi Sotong Bakar Bersambal Pengikat Kasih Sayang


Comments

  1. esok anum nk cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat time dah dekat nak berbuka tu..memang sedap. panas2 lagi kan...

      Delete
  2. Simple Dan nampak senang sgt

    ReplyDelete
  3. wuuu my feveret sotong ni..yummy..oke save dulu nanti nak buat :)

    ReplyDelete
  4. Lapar terus bila nampak gambar sotong tuuuuu

    ReplyDelete
  5. memang ringkas dan yang penting sedap :)

    ReplyDelete
  6. Anonymous16 June, 2016

    simple & sedap

    ReplyDelete
  7. Senang je buatnya ya, nak try la

    ReplyDelete
  8. Simple je..ok bole try ni

    ReplyDelete
  9. Perlu rebus dlu sekejap ke sotong tu (org sini panggil mati air) atau tak payah?

    ReplyDelete
  10. Perlu rebus kejap tak sotong tu (org sini panggil mati air) atau tak payah? Tq

    ReplyDelete
  11. Best resipi ni. Simple dan sedap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir