Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah

Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah
Credit : melezatkan.blogspot.com


Sup ikan merah memang disukai ramai, terutamanya anak-anak kita. Memang favourite Adam la ni. Bagi Cik Lea pula,"not my taste", katanya. Sebenar nya Cik Lea tak makan ikan. Dia dah ikut macam ibu dia pula tak makan ikan. Alkisahnya bermula, dia makan ikan kembong masak tempoyak. Cik Lea tercekik tulang. sejak dari itu, memang Cik Lea tak sentuh dah ikan. Efa rasa umur dia masa tu 5 atau 6 tahun. Okey lah, membebel pulak Efa ni yer..Jom kita tengok resepi Sup Ikan Merah ni...

Bahan-bahan Resepi Sup Ikan Merah

Seekor Ikan Merah (yang sederhana)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
kentang dan  tomato - dipotong
daun sup / daun bawang
garam secukup rasa

Cara Penyediaan Sup Ikan Merah

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih sebelum dimasukkan ikan.
Kemudian masukkan garam dan kalau nak kuah lebih, sila tambah air ye...
Seterusnya masukkan kentang sehingga empuk kemudian baru masukkan tomato, biarkan sekejap dan tutup api. Siap untuk dihidangkan dan tabur daun sup/daun bawang.... Mudah jer kan.....


Comments

  1. Alaaaa...xde ikan dalam fridge.. Ada Ayam je...nak buat sup Ayam la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir