Review Aku Penghibur | Blogger Yang Penuh Dengan Motivasi

Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?



SILA KLIK GAMBAR DI ATAS

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.


Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Salah satu entri yang Efa suka baca kat blog Acik adalah 'Sanggup buang emak, buang ayah yang sudah tua' . Melalui entri ini, Acik memberi peringatan kepada kita semua bahawa ke dua ibubapa haruslah dihormati dan jasa mereka perlu dikenang sampai bila-bila. Entri ini adalah sejajar dengan matlamat Acik dalam berblog iaitu "menyebarkan ilmu Allah untuk dikongsikan bersama di samping menceritakan pengalaman tentang kehidupan terutama remaja".

Okey...untuk mengetahui motivation dan kandungan yang lebih menarik lagi dalam blog Acik, apalagi jom cepat-cepat kita pergi serang akupenghibur.com DI SINI ... awesome!!!

Comments

  1. Good Luck Acik...

    family #EFG sentiasa mendoakan kejayaan Acik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kejayaan ini menginspirasi buat kita

      Delete
  2. Along terfikir... Apakah aku bakal seperti mereka? Buang ayah, buang emak tikala keduanya sudah tua? Minta dijauhkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu mcm mana kita jaga anak-anak. So kena la jaga anak betul2 ikut syariah islam. InsyaAllah anak-anak akan igt org tuanya

      Delete
    2. Beri dan dedah ilmu agama. Selainnya berdoa banyak2

      Delete
  3. Acik...adik akak yg terbaik la...jumpa kat SBB2015 ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb2015 kena register ke?

      Delete
    2. Tak rasanya semua Blogger boleh pergi

      Delete
  4. Saya emak! Sayang abah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sayang semuanya termasuk EFG

      Delete
  5. hargai mereka selagi mereka masih bernyawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mimin hargai orang orang di sekeliling kita

      Delete
  6. Anonymous19 May, 2015

    Tak sanggup buang emak.. tak sanggup buang ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kita tak sanggup buang kan? Kena sayang semuanya

      Delete
  7. Achik Penghibur menghiburkan dan penuh kata nasihat

    ReplyDelete
  8. terbaikk EFG..memang blog aku penghibur banyak sumber inspirasi yang berasakan nasihat dan motivasi..

    ReplyDelete
  9. blog acik mmg ada aura yg tersendiri..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini...

Popular posts from this blog

9 Bulan Sudah.....#ayraimani

www.efaothman.com

Banjir