Bahaya Ajinomoto
Assalamualaikum
Hai...
today aku nak share sikit berkenaan dengan pak aji ni...hihi
ehhh....korang
masak letak tak pak aji ni...confirm letakkan,nak bg makanan rasa
sedap...ikhlas aku cakap, kalau masak aku mmg tak letak pak
aji...tapi,alhamdulillah en patrick dan anak2 suka makanan yg aku
masak....kalau tak suka tak makan la korang kan....
Selalu
kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit
ajinomoto
untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang
disuruh
oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita
cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”
Demikianlah
pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG)
dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan
mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah
peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu
tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki
sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’
setia di dapur.
Tetapi
adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan
oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif
kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah
dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara
kelahirannya sendiri?
Buktinya
pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut
telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis
MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan
telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus
kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil
kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun
1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat
saraf.
Fakta
ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul
sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese
Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika
Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan
cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan
dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku
setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah
hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi.
Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal
North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik
selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.
Selain
itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara
berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan
anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi,
proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal
mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk
apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan
ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Inisiatif
terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan
penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli.
Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa
makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya
dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan
rempah-ratus
ok...bila
korang dah baca,korang pikir lah sendiri ekkk mana baik dan
buruknya.....
Teman pon x letak..mak teman mmg ajor jgn biasekan beraji moto ni. Tp mak mertua teman mmg x penah bpisah dgnn aji. Jd bile teman dah kawen dgn anak die tu,tpakse la anak die biasa kan diri...ok je. Sedap jgk. Hehehehe.
ReplyDelete